Wednesday 3 January 2018

AMBASSADOR PUTRAJAYA






Assalamualaikum.
.










Saya adalah PUAN CEO kepada syarikat Hanana Group Sdn Berhad adalah sebuah yang menguruskan Hall Ambassador Putrajaya ini.
Sudah lama saya ingin mengatakan ini kepada client kami .Tapi hati belum terbuka untuk memberikan kata kata ini.Tetapi pada malam ini,ternyata saya mempunyai kekuatan untuk meneruskan nukilan ini.
.
Ingin saya nyatakan disini,Ambassador Hall ini bukan lah sebuah Hall yang GAH ,BESAR SANGAT, ATAUPUN MEMANG SEBUAH BANGUNAN YANG DI KHASKAN UNTUK HALL SAHAJA.
Ambassador Putrajaya ini Dewan deretan  Shoplot,Di sebuah Bangunan Baru di kawasan Diplomatik Presint 15.Ambassador Putrajaya ini hanya boleh memuatkan seramai 300 orang dalam satu masa untuk DOME SET ( all seated ) dan 26 meja didalam untuk buffet dan diruang legar luar sebanyak 6-7 buah meja lagi ,kapasiti tetamu mampu sehingga 1000-1300 paxs untuk waktu siang.
.
Saya mahu nyatakan disini kerana,saya sudah jelak dengan client yang hanya mencebik kan muka dan berkata ,Hall u besar ni je ?Muat ke 1000 paxs ? Parking macam mana? dan pelbagai lagi soalan yang menyentapkan perasaan staff staff sy.Bagi sy,yang sudah berkecimpung dalam bidang event ini,dan event event koprat ,semua masalah yang anda nyatakan hanyalah masalah yang tidak perlu anda fikirkan.Ini kerana,masalah parking di  Malaysia ini bukan di dewan sahaja,malah di Malaysia mana mana tempat kita pergi pun YOU HAVE TO WALK,unless nk pakai jokey,Boleh sy buat mcm tu,tp harga sy naikan ..Bagaimana ?Boleh anda bayar?
.
Sy cuba memberi harga yang terbaik dan juga harga yang berpatutan,dalam masa yang sama AMBASSADOR PUTRAJAYA ini bukan lah chokia punya HALL,Anda boleh datang dan lihat dulu bagaimana interior nya.Rekaan di dalam dewan yang mampu membuat anda lupa AMBASSADOR HALL INI TERLETAK DI BARISAN SHOPLOT..
.
Wahai client yang sy hormati,jgn lah anda menjatuhkan semangat orang lain yg sedang melayan anda.Jika anda tidak suka atau tidak berkenan lapik lah bahasa anda untuk menyampaikan penolakan anda,kami tidak marah,malah kami boleh carikan anda dewan yang nada inginkan.Ini sudah zaman 2018 ,jadilah orang yang lebih berfikiran positif dan memberi semangat kepada org lain untuk bekerja lebih kuat.
.
Saya harap,sy jumpa client yang benar benar berminat untuk mengadakan majlis di Hall Comel saya.Yang menghargai elemen elemen yang seni di dalam hall kami.Kami tidak kecil hati jika anda tidak memilih Hall kami,mungkin rezeki kami bukan dengan anda.
.
Akhir kata dari saya,maafkan jika anda terasa dengan penulisan saya ini.Sedikit pun bukan bertujuan untuk buat anda terasa,cuma sy mengajak anda bersama2 sy untuk tidak mematahkan semangat org lain.
.
Salam Sayang dari saya
Norfazlin bt Abd Ghafar.
CEO Hanana Group Sdn Bhd.

1 comment:

  1. Maaf ya, dari penulisan puan ni. Saya nampak puan sangat tak berpuas hati kalau ada client yang bertanyakan soalan mengenai parking.
    Bagi saya, itu hak client untuk tanya. Consideration pihak client untuk para tetamu yang hadir. Bukannya mereka semua MALAS nak berjalan seperti apa yang puan katakan.
    Puan mohon agar pihak client untuk tidak mematahkan semangat staff, tapi cara penulisan puan ni mematahkan semangat saya untuk berkenan dengan tempat dan service puan.
    Awal-awal puan dah halau customer.
    Iya, memang akan ada client jenis yang mencebik muka bagai sebab apa? Puan rujuk la kembali website puan. Cukup ke informasi yang puan kasi?
    Ada puan cakap kemudahan tempat parking dan sebagainya?
    Website puan hanya meletakkan gambar interior hall sahaja.
    Even saya sendiri pun confuse and tak dapat bayangkan macam mana keadaan hall ini dari luar.
    Gambar hall yang puan tunjuk di website cantik dan client yang berminat akan ingat hall ini besar dan sebagainya.
    JANGAN salahkan client kalau ada yang jenis mencebik muka kerana mungkin bila ada yang datang ke hall untuk survey, expectation dorang lain dari yang dorang jangkakan.
    So? Nak salahkan siapa? Dah kata survey, of course la akan ada client yang tak puas hati and so on.
    Saya bercakap in general and bagi saya puan tak patut nak meluahkan perasaan sebegini seperti semua client yang pernah puan handle tak pernah ada yang elok.
    Kalau puan taknak client mencebik muka, perbetulkan strategi marketing puan. Letak full info jangan ada hidden info just semata nak attract client.
    Sekian, salam.

    ReplyDelete

FOOD DELIVERY PUTRAJAYA BANGI KAJANG

#FOOD DELIVERY HANANA #fooddelivery #hananadeliverys #fooddeliverybangi #fooddeliverykajang #fooddeliveryputrajaya #foodpack #food #...