Tuesday 9 January 2018

TIPS DALAM MEMILIH DEWAN PERKAHWINAN ANDA




Tips Pemilihan Dewan Perkahwinan
.
Telah menjadi kebiasaan dan trend terkini majlis perkahwinan orang bandar diadakan di dewan. Antara faktor utama pengantin memilih untuk mengadakan majlis di dewan berbanding rumah adalah disebabkan kawasan yang terhad di rumah dan keselesaan tetamu.
Selain itu, ada yang berpendapat mengadakan majlis di dewan lebih menjimatkan dan mudah diurus. Pengantin dapat menjimatkan kos menyewa kanopi dan dapat menjalankan majlis walaupun dalam keadaan cuaca hujan.
.
Berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda ambil kira sebelum membayar deposit untuk menempah dewan
Antara Kriteria yang pasangan pengantin perlu memilih dewan adalah :
.
1. Availabiliti Dewan
.
Pastikan anda tentukan tarikh majlis anda terlebih dahulu dan kemudian hubungi individu yang menguruskan tempahan dewan. Pastikan dewan tersebut mempunyai kekosongan tempahan pada tarikh yang anda pilih sebelum anda membuat tempahan.Boleh http://www.wasap.my/+60166700471 (HIZWAN) untuk mengetahui kekosongan date di Dewan Putrajaya kami.In Shaa Allah saya boleh membantu.

2. Saiz Dan Lokasi Dewan
.
Dewan yang dekat dengan rumah akan lebih memudahkan anda melakukan urusan persiapan majlis anda. Apabila tiba hari majlis, urusan anda dengan vendor yang akan melakukan kerja-kerja persiapan majlis mudah dipantau tanpa perlu berulang-alik dengan jarak yang jauh. Juga pastikan saiz dewan bersesuaian dengan jumlah tetamu yang dijemput. Takut nanti jadi seperti tin sardin pula. Dewan yang mudah diakses dan tidak terlalu terpencil juga penting agar ianya mudah ditemui.Dewan kami di HananaGroup Sdn Bhd boleh memuatkan 28 meja bulat,1 meja 10 orang,pelamin,dua station buffet dan meja pengantin.

3. Kondisi Dan Kemudahan Asas Dewan
.
Dewan dilengkapi dengan kemudahan asas seperti tandas, surau, penghawa dingin atau kipas dan bilik persalinan. Kebanyakan dewan menyediakan kemudahan asas ini. Jika mereka menyediakan kemudahan ini, pastikan anda membuat pemeriksaan terhadap kondisi kemudahan ini. Pastikan kipas dan tandas berfungsi dengan baik.Dewan kami ada dua tandas,serap bunyi,surau di galleri kami dan penghawa dingin yang selesa.
.
4. Tempat Letak Kereta (Parking)
.
Untuk memastikan keselesaan tetamu anda, pastikan dewan yang anda tempah mempunyai tempat letak kereta yang luas. Ianya sangat penting bagi memastikan tetamu anda tidak berjalan jauh untuk mencari tempat letak kereta.Kami disini mempunyai lebih kurang 200 petak parking kereta.Parking kereta kami disini ada parking dua tingkat yang berletak di My Mydin sebaris dengan dewan kami.Tiada isu disini maslah parking.
.
5. Dinding Serap Bunyi
.
Sekiranya anda menempah penyedia karaoke atau PA System, pastikan dinding dewan yang dipilih mempunyai ‘sound proof board’ atau penyerap bunyi. Ini penting untuk memastikan majlis anda tidak hingar-bingar.
.
6. Buat Pemantauan Dan Siasatan
.

Luangkanlah sedikit masa untuk datang ke dewan tersebut untuk melihat majlis orang lain. Rasakan sendiri keselesaan dewan tersebut melalui pemerhatian anda dari jauh. Lihat pencahayaan dewan tersebut. Adakah ianya cukup terang untuk majlis anda? Adakah dewan tersebut panas bila tetamu telah ramai? Dimanakah susun atur untuk pelamin dan meja makan beradab yang sesuai? Berapakah bilangan meja yang boleh dimuatkan di dalam dewan tersebut? Ini semua penting sebelum anda membuat pembayaran deposit.Jika nak melihat dewan kami,boleh direct wass app saya http://www.wasap.my/+60166700471 (HIZWAN)..
.
7. Menepati Bajet
.
Akhir sekali, pastikan harga sewaan dewan menepati bajet anda. Tidak rugi bayar lebih jika kreteria di atas dapat di penuhi. Kebiasaannya, penyelia dewan akan meminta anda membayar deposit sewaan dan deposit kebersihan. Kebersihan dewan adalah tanggungjawab anda. Jika anda meninggalkan dewan dengan keadaan yang kotor, deposit kebersihan tidak akan dipulangkan.Yang seronoknya pakej ini termasuk dewan,catering,bridal dan PA sistem ada offer menarik sekarang.Dari harga RM35k discRm10k menjadi Rm25k.Hanya 20orang terawal booking deposit RM5k.
http://www.wasap.my/+60166700471 (HIZWAN)
.
Diharap dengan perkongsian ini, perancangan anda untuk memilih dewan akan dilakukan dengan lebih terperinci dan dapat menjadikan majlis anda lebih sempurna.
Boleh direct wasap sy untuk dapatkan pakej kami dan dewan yang menarik..
http://www.wasap.my/+60166700471 (HIZWAN)
.
.
#eventspaceputrajaya
#dewanperkahwinanputrajaya
#ambassadorputrajaya
#dirgahayu
#hnweddingexclusive
#hananagroupsdnbhd
#hananacatering&eventsolution













No comments:

Post a Comment

FOOD DELIVERY PUTRAJAYA BANGI KAJANG

#FOOD DELIVERY HANANA #fooddelivery #hananadeliverys #fooddeliverybangi #fooddeliverykajang #fooddeliveryputrajaya #foodpack #food #...