Wednesday 14 February 2018

KASIH SAYANG INFINITI

KASIH SAYANG INFINITI


Assalamualaikum..
.
Saya ingin kongsikan diantara moment moment bahagia bersama keluarga tercinta.
.
Pada sabtu yang lalu kami 4 beradik telah mengadakan kejutan sambutan harijadi buat ibu kami yang tercinta,Pn Hjh Noraini bt Shamsudin yang ke - 71 tahun.
Majlis telah diadakan dengan meriahnya dan di hadiri lebih kurang 200 orang tetamu.Majlis yang pada asalnya hanya untuk adik beradik sahaja bertukar kepada majlis yang agak meriah kerana kami sekali gus mengadakan majlis doa kesyukuran diatas rasa syukur kami kepada Allah swt kerana telah memberikan nikmat kesihatan kepada ibu kami selepas menjalani pembedahan buang hempedu pada bulan lalu.
.
Alhamdulillah,mak nampak amat terharu dan bercampur gembira diatas kejutan itu.
Orang kampung lebih tepat kawan kawan mak datang 1 bas untuk turut meraikanya bersama.
Kami juga amat terharu,ye  mak rindu kawan kawanya.Terima kasih pada abang yang arrange semua kenderaan orang kampung.
.
Selain itu,agenda menjemput saudara mara sy serah kan pada 2 orang kakak dan abg.Kak Lin yang bongsu sekali,part kak lin uruskan dewan #ambassadorputrajaya dan juga makanan.Biarlah org dewasa yang mengajak ye dak..
.
Majlis yang di laksanakan kurang dari 24 jam sebenarnya.Kerjasama yang baik dari semua pihak.
Team Hanana Group,team service ,team vendor sangat2 awsome.
.
Ada The Potai`s yang menghiburkan kami,partylillo untuk bellon bellon yang banyak,jadi centerpiece dan juga walk way,satay willy ,kek dari falla`s kitchen laksa roti jala nasi goreng cina dan nona manis dari iema dzul ,apam balik dari apam balik sk (nor) dan juga lain lain department dalam menjayakan majlis mak hari tu..
.
Mak macam biasa ,bila masuk sahaja dewan yang kami gelapkan,kami terus nyanyikan lagu selamat hari jadi.Mak peluk semua anak anak,kami berikan jambangan bunga pada mak.Mak sangat terharu dan menitiskan air mata.Dalam hati ini ,tiada apa yang lebih istimewa selain melihat wajah mak yang ada garisan tua dia wajahnya mengukirkan senyuman.
.
Pada Kak Lin,apa sahaja yang mak idamkan dan inginkan segala nya akan kak lin berikan jika aku mampu.Kasih sayang pada mak tiada gantinya.
Jom tgk gamba2 di bawah ni.






































No comments:

Post a Comment

FOOD DELIVERY PUTRAJAYA BANGI KAJANG

#FOOD DELIVERY HANANA #fooddelivery #hananadeliverys #fooddeliverybangi #fooddeliverykajang #fooddeliveryputrajaya #foodpack #food #...